Lawatan PM | Eratkan lagi nilai dagangan Malaysia-Brunei

2023-01-25 0

Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei penting terhadap hubungan bilateral membabitkan ekonomi kedua-dua negara.

Menurut Penganalisis Politik Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani jumlah dagangan yang dicatatkan oleh kedua-dua negara setiap tahun melambangkan keakraban hubungan yang sentiasa kukuh antara Malaysia dan Brunei.